BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 22, 2009

ciTRaWarna

semalam ade citrawarna,
aku p la tgok mmg best la tgok org menari, yelakan aku nak menari tak pandai.
best giler la.. dah la diorang kat atas padang kat stadium, kesian aku tgok ade la 2 3 org terjatuh mase tgah menari, bayangkan diorang menari dahla x paki selipar berkaki ayam, pastu padang tue cam basah , yelakan malam2 mesti la ade embun. kesian yg jatuh 2..
emh nak citer ni, mase tgok citrawarna tu, cam biasela aku tgok dgn chah la..
sape lg sudi g tgok dgn aku ni kan..
tgah syok duk tgok tba aku nampak la si "die" yg aku citer ritue..
sedeyh plak aku. mula-mula tue aku nmpak la die ngn kwan2 die..
kwan2 die sume ngan aweks msing2...
pahtue aku cari la mane awek die.. kesian die mai sorg2..
aku ingatkan mai sorg2.. tba2 nmpak la awek dia ade gak..
huhuhu ingatkan baru nak g tmankan..
hehehhee..awek die ni ade bawak lg sorg laki tau. aku x tau la plak sape kah lelaki tue..
maybe kawan die kot.. kesian si die, die cam ade probs dgn aweks die mlm td aku tgok dr jauh je.. cz aku duk kat atas astaka, n die duk kat bwah.. tup tup aku ttengok la drama yg berlaku kat bwah bkan nak tgok org menari..hehhehe
lpas tue aku wat bodo je la..
x lame kemudian, adku tgok kat bwah...aweks die dah xde...
aku tgok die ade lg duk tgok tarian tue le...
ish kesian aweks die merajuk, tp si die wat bodo je ... ape daa..
pastue x lame kemudian si die pun xde gak..
huhuhu maybe g pujuk aweks die kot.. x pun g kuar makan ..
sedeyh gak aku... tp nak wat camne kan tue kan aweks die..
haa berbalik pade citrawarna semalam.
tmpat pertama disandang oleh desasiswa bakti permai, temapat kedua desasiswa jaya, n tempat ke3 desasiswa saujana,huhu x tau betul ke tak maklumat yg aku dapat ni, aku balik awal semalam x sempat dgar pengumuman sape yg menang....huhuhu

Friday, March 20, 2009

miSs u so Much


waaa..
dah 2 bulan x balik umah..
windu giler kat family...
walupon aku jarang call umah tp x bermakna ku x ingat family tau..
sebenarnye rindu sgat, tp x terluah..
aku bkan jenis yg suka express perasaan sebenar aku, even dpan family sendiri kalo nak kate aku ni hipokrit, hipokrit la jgok..walaupun aku x suka org yg hipokrit, tp sebenarnyer aku pun hipokrit.... aku dah cube untuk x jadi hipokrit tp x mampu..
tp bukan selau aku hipokrit, utk mase-mase ttentu dan dgn orang-orang yg tertentu je...
berbalik pasal family..
aku paling rindu kat adik aku adam . yg byak ckap.. kalo ade die x berhenti die cakap..
same jgak kalo tgok citer dgn die.. mcm2 soalan dia akan tnye sampaikan aku x terjwb.. kadang- kadang aku pun heran cam mane die bleyh terfikir..
adam baru 4 tahun tp dah start tadika dah dkat ngan umah aku...
pahtue aku ade lg sorg adik laki..
ijat, adik aku yg ni istimewa sket..
walaupun die x same cam org laen aku sayng kat die..
die cam penyeri dalam family aku...
I LOVE ADAM N IJAT.... miss you so much...
nanti kak ngah balik bulan 4 nie... tggu deh...

pasal luahan hati pulak..

emh nak cite ke x nak citer ek..
citer je la...
sebenarnye aku sesyh 2 3 menjak ni,
ye la org yg aku suka dah berpunyer..
tp x pe aku doakan die bahagia..
huhuuu... waktu mula2 tau tue sedeyh . memang sedeyh..
dah lame aku x rase sedeyh cam aku sedeyh ni..
1st time aku sedeyh waktu aku skool menengah, 1st time minat kat seseorang...
minat senyap2 je la kan..
tba2 die kene pindah skolah ...
die x penah tau pun aku suka kat die mula2 tue aku benci gila kat die.. rase cam menyampah gila-gila...tgok muka die cam ikan sepat je..ntah cam mane aku boleh tersuka kat die...dalam diam.. x lame aku suke die.. tba2 die kena pindah...huhuhuu
sedeyh x terkira aku mase tue..
pastue aku mcm tkut nak suka kat org,
so kalo aku suka pun just maen2 je.. la kan.. tkut terluka plak...
tp org yg tbaru aku suka ni mmg laen sket dr yg laen..
mula2 aku suka maen2 je.. pahtue lame2 tue jd cam sayang plak..
aku pun x tau camne bleyh jd cam tue..
kalo before ni mmg aku dah setkan kat atie aku jgn sedey sbab lelaki..
tp skang ni mmg aku sedeyh jgak le sbb 'die'..
'die' ni pun x tau jgak aku suka kat die...
x tau la nape aku suke die...
nak kate ensem , x pun...tp die baek...
huhuuu.. x nak citer pasal die dah...
sedeyh aku nanti...
tp x pe yg penting die bahagia bersama org yg die suke...
aku doakan die gembira je..
tgok dr jauh pun jadiler..

Tatu memang cool...


ni nak cite pasal baru- ni aku terlibat dgn tatu,
mesti ade orang yang x tau pasal tatu tu ape kan??
TATU ni sebenarnya kawad senyap dalm navy, kawad senyap
bersenjata, M16 tau..
ingat senang ke nak pusing2 M16, tp sebenarnyer aku pun x leh pusing lg..
boleh, tp x banyak..tangan aku dah berparut sumenye jasa m16 ler., jatuh atas tangan,
pahtue tangan aku tercedera, bukan setakat tangan, dah 2 kali kepala aku kena ketuk dengan m16, pastue kena tmapar dek m16 pun pernah tau.. sakit tue x leh nak ckap ler..
tp x pe...
APE YANG PENTING.....???Tatu memang best..
haritue 1st time wat show kat usm mmg cuak giler..
aku nervous sampai lupe step 113, sori sume...
dah la tue tn meor nampak plak, kantoi.. kalo x aku wat x heran je..
lpah tn meor nampak aku lg nervous..
kelam kabut gile..
kalo bleyh cam nak ulang balik time waktu wat show tue,
tp nak wat camne perkara dah lepas..
yang penting mase depan . betul tak??
ni gamabar waktu b4 tatu bermula..

setelah sekian lama....

sudah lama ku tinggalkan blog aku ni..
sori to my blog, aku xde mase skang ni busy sgat..
bkan x nak luangkan mase tp x sempat, ni dah abih training baru la ade
mase nak diluangkan bersamamu..
bnyak benda yg aku nak kongsi kat blog aku ni sbenarnyer..
tp x de mase..
so nati mase akn datang aku akan cuba untuk meluangkan mase dengan blog ni...
muach..muach..

Sunday, March 8, 2009

malam ni kena Rolcall lg..huhuuhu
penat jgak rasa...tp mlm ni x mental pun cz junior mids amik kitorg x teruk sgat..
ok la kan .. cume tgan cam leguh2 sket je......
masa rolcall td kena monkey rack tp aku xleh nak gayut ler..
nak wat camne bdan besar sgat

Friday, March 6, 2009

comey x????







comey kan mereka semua ni...
huhuuhu..

Wednesday, March 4, 2009

test MAT 111....yg mendeBarKAn..


malam ni ade test MAT 111 (al gebra).. huhuuu x study langsung lg..
ni baru nak study, haih susah le aku ni memang jenis yg suka study last minit..
ni jiwa kacau , tkut xleh jwb test, dah la carry mark 30%... x nak la jd cam sem 1 carry mark rendah.. final kalo btungkus lumus cam ne pun x dpt skor.... wa ckap lu...
huhuuu... xpela nak study dah ni...

Tuesday, March 3, 2009

LGN oh LGN....



ni gambar waktu LGN yg 1st tue dgn sea family bapakku yg mithali, n kakakku...
pastu gambar aku yg cun.... huhuhuhu

camp di pantai kerachut




haa.. n i semua gambar waktu kitorang g camping kat pantai kerachut... best gile camp tue walupun memenatkan... kepada sesape yg x pergi mmang rugi le...huhuuh

OrAng yang ku sayang kat dunia ni...


inilah gamabar orang2 yang penting dan aku sayangi dalam dunia ni...
bila tgok gambar ni rase rindu sgat kat mereka, terutama my lovely brother, adam..
huhuhu dah lama x balik kampung... nak wat camne bz sgat....
xpe nati ade mase aku balik... 15hb mac ni ade sorang lagi sepupu aku nak kawen tue pun aku x leh balik.. wawawa cdeyh:(

Monday, March 2, 2009

lagu TemA UNtuk DirIKU...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

yang ManA saTU aNdA......

ANAK SULUNG
Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

ANAK TENGAH
Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.

Potensi kawan
Anda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

Pasangan sesuai
Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.

ANAK BONGSU

Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

Pasangan sesuai
Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

ANAK TUNGGAL

Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

Potensi kawan
Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.

Pasangan sesuai
Sikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.
Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.

khas untukmu....

Aku tak mengerti ... apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan ... hidupku untukmu,
Telah kurelakan ... hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ... diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu

rahsia tarikh lahir anda......

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.









Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
• Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
• Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
• Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
• Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
• Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
• Pandai mengambil hati orang lain.
• Pendiam kecuali telah dirangsang.
• Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
• Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
• Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
• Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
• Cukup sayang pada kanak-kanak.
• Suka duduk di rumah.
• Setia pada segala-galanya.
• Perlu belajar kemahiran bersosial.
• Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
• Berfikiran abstrak.
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
• Bijak dan pintar
• Berpewatakan yang mudah berubah.
• Mudah menawan orang lain.
• Agak pendiam.
• Pemalu dan rendah diri.
• Jujur dan setia pada segalanya.
• Keras hati untuk mencapai matlamat.
• Tidak suka dikongkong.
• Mudah memberontak apabila dikongkong.
• Suka kegiatan yang lasak.
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
• Mudah mempamerkan marahnya.
• Tidak suka benda yang remeh-temeh.
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
• Sangat berani dan suka memberontak.
• Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka hiburan dan sukan.
• Suka benda yang bersifat seni.
• Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
• Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
• Berpesonaliti menarik dan menawan.
• Mudah didampingi.
• Sangat pemalu dan pemendam rasa.
• Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
• Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
• Suka pada kedamaian.
• Sangat peka pada orang lain.
• Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
• Tidak cepat marah dan sangat amanah.
• Tahu membalas dan mengenang budi.
• Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
• Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
• Suka berangan-angan.
• Suka melancong.
• Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
• Kelam kabut dalam memilih pasangan.
• Suka dengan hiasan rumahtangga.
• Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
• Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
• Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
• Sangat aktif dan dinamik.
• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
• Punya daya mental yang sangat kuat.
• Suka diberi perhatian.
• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
• Sangat berani dan tiada perasaan takut.
• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
• Emosi cepat terusik.
• Cuba kawal perasaan.
• Kecenderungan bersifat pendendam.
• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
• Kuat daya ingatan.
• Gerak hati yang sangat kuat.
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
• Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
• Keras hati & tegas.
• Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
• Pemikiran yang tajam.
• Mudah marah apabila tidak dikawal.
• Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
• Perasaan yang amat mendalam.
• Cantik dari segi mental & fizikal.
• Tidak perlu dimotivasikan.
• Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
• Mudah dipujuk.
• Bersikap sistematik (otak kiri).
• Suka berangan.
• Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
• Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
• Daya khayalan yang tinggi.
• Permikiran yang tajam.
• Pandai berdebat.
• Fizikal yang baik.
• Kelemahan sistem pernafasan.
• Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
• Tidak berapa suka duduk di rumah.
• Tidak boleh duduk diam.
• Tidak punya ramai anak.
• Rajin dan bersemangat tinggi.
• Agak boros
JUN
• Berfikiran jauh & berwawasan.
• Mudah ditawan kerana sikap baik.
• Berperangai lemah lembut.
• Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
• Idea yang terlalu banyak di kepala.
• Bersikap sensitif.
• Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
• Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
• Bersikap suka menangguh-nangguh.
• Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
• Cepat marah & cepat sejuk.
• Suka bercakap & berdebat.
• Suka buat lawak & bergurau.
• Otaknya cerdas berangan-angan.
• Mudah berkawan & pandai berkawan.
• Seorang yang sangat tertib.
• Pandai mempamerkan sikap.
• Mudah kecil hati.
• Mudah kena selsema.
• Suka berkemas.
• Cepat rasa bosan.
• Sikap terlalu memilih & cerewet.
• Kurang mempamerkan perasaan.
• Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
• Suka pada barang yang berjenama.
• Mudah menjadi eksekutif.
• Kedegilan yang tidak terkawal.
• Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
• Sangat suka didamping.
• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
• Agak pendiam kecuali dirangsang.
• Ada harga dan maruah diri.
• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
• Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
• Sangat menjaga hati orang lain.
• Sangat peramah.
• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
• Berjiwa sentimental.
• Jarang berdendam.
• Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
• Tidak suka benda remeh-temeh.
• Membimbing cara fizikal dan mental.
• Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
• Layanan yang serupa terhadap semua orang.
• Tinggi daya simpati.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
• Mudah dan rajin belajar.
• Suka muhasabah diri.
• Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
• Suka mendiamkan diri.
• Suka duduk di rumah.
• Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
• Tidak agresif kecuali terpaksa.
• Lemah dari segi kesihatan perut.
• Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
• Minta disayangi.
• Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
• Terlalu mengambil berat.
• Rajin dalam membuat kerja
OGOS
• Suka berlawak.
• Mudah tertawan padanya.
• Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
• Berani dan tidak tahu takut.
• Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
• Pandai memujuk orang lain.
• Terlalu pemurah & bersikap ego.
• Nilai harga diri yang sangat tinggi.
• Dahagakan pujian.
• Semangat juang yang luar biasa.
• Cepat marah & mudah mengamuk.
• Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
• Sangat cemburu.
• Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
• Cepat berfikir.
• Fikiran yang berdikari.
• Suka memimpin & dipimpin.
• Sifat suka berangan.
• Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
• Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
• Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
• Belajar untuk bertenang.
• Sikap kelam kabut.
• Romantik, pengasih dan penyayang.
• Suka mencari kawan
SEPTEMBER
• Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
• Sangat cermat, teliti & teratur.
• Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
• Pendiam tapi pandai bercakap.
• Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
• Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
• Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
• Sangat sensitif yang tidak diketahui.
• Seorang yang banyak berfikir.
• Daya pentaakulan yang baik.
• Otak bijak & mudah belajar.
• Suka mencari maklumat.
• Kawal diri dari terlalu mengkritik.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
• Suka sukan, hiburan & melancong.
• Kurang menunjukkan perasaannya.
• Terluka hatinya sangat lama disimpan.
• Terlalu memilih pasangan.
• Sukakan benda yang luas.
• Bersistematik
OKTOBER
• Suka berbual.
• Suka orang yang sayang padanya.
• Suka ambil jln tengah.
• Sangat menawan & sopan santun.
• Kecantikan luar & dalam.
• Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
• Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
• Sentiasa berkawan.
• Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
• Cepat marah.
• Macam pentingkan diri sendiri.
• Tidak menolong orang kecuali diminta.
• Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
• Tidak suka terima pandangan orang lain.
• Emosi yang mudah terusik.
• Suka berangan & pandai bercakap.
• Emosi yang kelam kabut.
• Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
• Suka melancong, bidang sastera & seni.
• Pengasih, penyayang & lemah lembut.
• Romantik dalam percintaan.
• Mudah terusik hati & cemburu.
• Ambil berat tentang orang lain.
• Suka kegiatan luar.
• Seorang yang adil.
• Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
• Mudah patah semangat
NOVEMBER
• Banyak idea dalam perkara.
• Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
• Berfikiran kehadapan.
• Berfikiran unik dan bijak.
• Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
• Pemikiran yang tajam.
• Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
• Sesuai jadi seorang doktor.
• Cermat dan teliti.
• Personaliti yang dinamik.
• Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
• Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
• Terlalu degil dan keras hati.
• Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
• Tak suka marah kecuali digugat.
• Mudah ambil berat terhadap orang lain.
• Pandai muhasabah diri.
• Cara berfikir yang lain dari orang lain.
• Otak yang sangat tajam.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Tidak hargai pujian.
• Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
• Cuba sampai berjaya.
• Badan yang sasa.
• Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
• Suka duduk d irumah.
• Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
• Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
• Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
• Bercita-cita tinggi.
• Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
• Sangat setia dan pemurah.
• Bersifat patriotik.
• Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
• Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
• Bercita-cita tinggi.
• Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
• Seronok bila didampingi.
• Suka bercampur dengan orang.
• Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
• Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
• Tidak pandai berpura-pura.
• Cepat marah.
• Perangai yang mudah berubah-ubah.
• Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
• Benci pada kongkongan.
• Suka berlawak.
• Pandai buat lawak dan berfikiran logik