BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 26, 2009

first time, BRAVO oh BRAVO

semalam first time kadet pkai bravo, tmasuk la aku..excited gile la .tp malam before tue tido lewat dlm kul 2.30 pagi coz nk settlekan baju bravo nk bg mantap..bnyak kerja nak kena buat huhuhu..tp kitorang sanggup, mlm tue kitorang yang duk kat saujana berkumpul kat aras 7 duk settlekan baju bravo punyer pasal.. Keesokan paginya pkul 5 pagi dah kena bangun. malam tu cah tido kat bilik aku, sekatil dengan aku pulak tue...hehhehe tp kitorang x wat ape2 pun ...masa MI tu x pasal-pasal kena 1 round padang kawat huhuuu tp xpe pkai bravo punyer pasal kitorang redha jer...huhuuu
lepas MI kena g kelas...masa masuk dewan kuliah aku rasa cam model la pulak, semua orang pandang pastue senyum2, pastue ckap2 dengan orang sebelah, mula2 tue rasa segan jugak la...tp aku wat bodo jer...ahhh..ape nk heran..diorang jeles dengan aku la tu pkai bravo,SEGAK woo...
bangga gila ..rasa cam nak gi round 1 campus nak bagitau semua orang aku pakai bravo arini..
hehehehe
biasala tue kan perasaan first time..excited state la katakan...hehehhehe

Tuesday, February 24, 2009

..JUJUR...

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut
Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu
. Aku hanya inginkan ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah
dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."

Saturday, February 21, 2009

helloo

welcome to my blog